Sunday, 29 June 2014

kenapa orang tak pernah faham perasaan kita? kenapa kita perlu dibandingkan dengan orang lain sedangkan diri kita sudah cukup dengan apa yang ada? kenapa kita mesti diajar untuk berubah kepada yang lain? tak kepada diri kita sendiri. diri kita yang mesti ada keistimewaan yang terpendam. saya tahu yang saya tak berapa nak sempurna di mata orang lain tapi saya ada ada hidup saya sendiri. saya yang menentukan masa depan saya. saya tahu mak nak suruh saya jadi yang lebih baik. saya tahu tu semua apa yang mak mahu. tapi mak tak pernah tahu apa impian saya. apa yang saya mahukan untuk masa depan saya.

saya harap setiap orang yang ada kat dunia ni boleh baca perasaan orang lain supaya diaorang faham setiap hati budi orang tu. i wish things could be better later. i wish i could find a place that could grant every wish you'd ever wanted. a place that would never be sad. a place where i can be anything that i want. but it would never been happen. you just have to live in this world. a big rounded place that gives you nothing. hopeless..





Saturday, 28 June 2014

sekilas nasihat


mencari sahabat sejati bukanlah mudah. tapi bila kita dah jumpa sahabat sejati itu, memang susah nak melupakannya. sahabat itu memang pelbagai. tapi di sebalik sahabat di sekeliling kita tu mesti ada seorang sahabat yang paling rapat yang tak pernah lengang di mata kita. sahabat yang boleh terima kekurangan kita. sahabat yang sentiasa buat kita tersenyum kala kita sedang sedih. namun itu semua tak akan berkekalan sampai bila bila. mereka juga ada jalan hidup macam kita. kita tak boleh ubah takdir cuma takdir yang boleh ubah kita. mungkin suatu hari nanti sahabat korang akan pergi juga. sahabat yang telah lama menjadi tulang belakang korang akan lenyap sekelip mata.

mungkin korang belum merasainya sekarang. tapi bila semua itu berlaku, rasa macam nak putarkan balik masa kita bersama dia orang. admin di sini nak cakap yang admin pernah merasai kehilangan seorang sahabat sehidup semati yang banyak memberikan pengajaran dalam hidup admin. mungkin korang tak perlu tahu siapa dia tapi admin cuma nak nasihatkan yang korang jangan pernah cakap..

"alah...kawan je kot"
"bukannya penting sangat pon"

for your information, lebih baik bertaubat. jangan menyesal suatu hari nanti bila sahabat yang korang tak pernah sedar diorang lah yang penuhkan masa korang. so lebih baik ucapkan terima kasih kat diorang sebelom ajal tiba. sebelum korang rasa betapa sakitnya bila diorang pergi dari hidup korang. sebelom korang rasa kekosongan hidup bila tak ada diorang. thats all




Friday, 27 June 2014

olahan jiwa

biarkan saja hati ini berbicara sendiri 
soal cinta yang tidak pernah dihargai
rasa hati yang melonjak lonjak tinggi
ingin melepaskan hasrat yang telah lama terisi

biarkan saja rahsia bertaut di hati
tentang perasaan yang bersembunyi
di sebalik dek sanubari

bisakah hati ini mampu bertahan
bisakah hati ini mampu melawan
getaran yang telah lama menawan
seluruh hati rebah kepenatan

cukup
cukup dengan segala perbuatan
segala memori aku peluk erat
walau aku ditinggalkan

mungkin diri ini mampu tersenyum
walau raga tidak bisa dicantum
rasa diri dipergunakan
namun cinta tidak akan kehilangan




Thursday, 26 June 2014

soal hati

kenapa kau larikan diri dari aku?
kenapa kau jeling aku?
kenapa kau tak tegur aku?

kepala aku berpinar-pinar memikirkan jawapan bagi persoalan yang tidak lengang berlegar-legar sekitar ruang pemikiranku. meski aq sangat menginginkan jawapan itu terus keluar meluru ke lubang telingaku secara terus terang. adakah aku masih berada di alam maya? terus-menerus persoalan demi persoalan menerjah kotak pemikiranku secara bertubi-tubi.

"haishh" rungut aku.

masih ku ingat saat-saat kita bersama dahulu. engkau sanggup menahan mata kau daripada terlelap semata-mata menemankan aku belajar. kau sanggup korbankan masa lengangmu demi aku. hanya aku. saat kita bergurau senda dahulu masih melekat di dalam diri aku bagai ditampal kuat menggunakan gam gajah yang pastinya tidak akan pernah tertanggal. saat itu juga bagi dilambung ombak pantai sambil melihat bintang angkasa yang bekerdip menghisi ruang langit yang menghangatkan lagi panorama jiwa yang telah ditusuk panah cinta.

"aku ini suka sangat berhyperbola"aku gelak berseorangan . sangat gemar melayandiri ini tatkala hati sedang kesunyian. raut wajahku masih mampu menunjukkan sinar bahagia walaupun hati ini sudah berkecai bagai kaca terhempas ke tanah akibat hentakan bola sepak yang disepak oleh orang yang tidak bertauliah. hishh. mana tidaknya hati yang berbunga-bunga menunggu cinta telah layu akibat si kumbang yang tidak pernah menghargai jasa si bunga. si kumbang sanggup meninggalkan si bunga yang telah memberikan manisan kepada si kumbang yang lupa daratan. 

aku menghembuskan nafas panjang. duduk termenung sambil menghirup secawan teh panas sangat mengasyikkan.aku amat gemar keadaan begini kerana aku mampu menenangkan minda yang sudah kusut bagai sabut besi yang membersihkan bontot kualiku yang legam di rumah. aku menjadi seorang yang agak pendiam buat masa sekarang. aq ledih suka bersendirian dan duduk termenung mengenangkan kisah silam kita bersama. tidak pernah ada sedetik pon yang tidak ku ingat. semua apa yang kita lakukan masih lagi ku ingat. hanya engkau yang ingin aku tanya. 

masihkah kau mengingati aku?
masihkah engkau membenci aku?
masihkah aku berguna buat kamu?



exam week + teacher's day

haishh dh lme x update blog nieh...rsenye dh stahun dh nieh..9.9 btw aritu ade mid year exan....sgt berdebar jantung eden jah. nasib baik 6 subjek je.biaselh budak pt3.. -__- tapi mse exam tu memg x boley focus sgt sebab exam ari khamis tu kene tangguhkan ari ahad sebab ade majlis sambutan hari guru kt skola I. tapi, alg2 nk pekse sempat lh siket snap gamba..

budak baik selalu baca buku. macam si cantik jelita kt atas ni. x de pon die nk sebok ngan hal orang laen..ank yang baik mendengar kate.. terasa jallss pulak..hehe.

x perlu nk bangga diri sgt lh kn...well..ish,gedik pulak...dh la..penat memuji diri sendiri.

btw this is the first day nk pekse...nmpk x saya tgh study BM.
penat mlm tadi belajar x masuk jugak.haish....terok betollh ank sanip nieh.


e'eh...terSELFIE pulak..

tapi pekse kali ni sgt memenatkan.. SN,BA,SJ.....susah giloss

ni sume sebab punye pasal nk kene wat show ari guru tu lh...btw kitorang sekelas (tipu) kene wat persembahan mse ari guru nnti...persembahan apa ???nth lh kn.hrmmm

rehersal (betol ke aq eja nieh) pon x de sgt...practice pon stakat 2 hari je (tipu)......sgt2 penat.sangat2 boring...sampai boley jadi mcm ni skali







padah pabila kami boring..sampai boley jelajah longkang lg..kau ade ??

dating kejap... XP

hasil daripada sume bende tu terhasil lah satu persembahan yang sungguh mengujakan kata para pelajar sekolah SASEM. hikhik.rase x percaya sbb ingatkan persembahan kitorang paling hambar rumpanya paling gempak...hahahahaa.thanks to the unpreditable friends...love you guys from heart....x mungkin aq akan lupakan saat2 gila gaban nieh.. :)




Sunday, 8 June 2014

tak tau nk cakap ape...dia tinggalkan aq macam tu je...mcm aq ni ade kt dunia lain...dunia halimunan.dengan muka selengenya dia berjalan meninggalkan pusat jualan aq...mase tu hari koko...ko dtg dgn kawan2..aq tau kau dh lame x jumpa kawan kau,aq faham tapi jangan buat aq macam sampah...kau janji kau takkan lupakan aq..tapi..itu semua.....TIPU

kau ade bagi aq satu lagu...lagu tu sangat bermakna..aq simpan sampai sekarang kat dalam henset aq yg x seberapa tu...setiap kali aq dengar lagu tu aq akan ingat kau...kau bestie aq selamanya...sebagai abg dorm kau jage aq buat setahun..dh byk yg aq belajar dari kau...mcmmana nk hidup kt hostel...kita buat benda pelik bersama...tapi sekarang...punah

harapan aq nk lepak ngan kau mse hari koko dh mcm harapan bodoh yg aq impikan selama nieh...aq ingat kita boleh bercerita kisah bodoh,buat hal bodoh,tapi.....itu semua x menjadi..bahkan kau asyik lepak ngan kawan kau dan bile aq tegor kau buat x tau je...at least bagi lah mase bape minit untuk kita berborak ingat kenangan lama...kau dh x macam dulu

dulu kau x kedekut...dulu kau selalu sokong aq...kau nangis mse last day sekolah bile aq dh balik ...kau nk SPM masetu...ingat tak ??ingat lagi tak yang kita buat keje bodoh menyanyi dekat belakang sekolah...menggila pusing2 pokok besar kat belakang sekolah tu??ingat lagi tak mase kita kenekan budak form 1 taon lepas tu...yang kau baling bola diorang tu?? ingat lagi tak??

kalau kau tak ingat tak ape...aq akan still simpan sume kenangan kau kat sini..kt dalam hati aq...buatlah x kisah aq yang tgh tunggu kau kt sini....buatlah macam aq x wujud kat dunia ni...buat macam aq kat dimensi lain...dimensi di mana tiadanya memori...tiadanya kenangan.....tiadanya persahabatan...semuanya kosong

aq kat sini aq sentiasa ingat kau...aq kat sni sentiasa tunggu kau sebagai sahabat sehidup semati aq....datang bersama senyuman...walaupun semuanya tidak akan berlaku....


Thursday, 29 May 2014




confident is my passion






sape yg nk termuntah tengok gambar nieh.... go die

Monday, 26 May 2014

ku menunggu

hati aq meronta-ronta.
dadaku mula berdegup kencang bagaikan getaran zarah dalam pepejal.
aku tiada hala tuju.
apa yang aq mampu hanyalah tunggu...


semakin ku tunggu semakin lame jarum jam berdetik
aq dah x dpt thn nafsu
aq nk jugak
NAK JUGAK!!


ini die!
akhirnya die dtg juga
sudah lame aq mengidamkan roti ini.
arghh!! dah x dpt tahan.
nilh akibat x mkn tghhari
melantak waktu petang..

NGAP!!