Saturday, 28 June 2014

sekilas nasihat


mencari sahabat sejati bukanlah mudah. tapi bila kita dah jumpa sahabat sejati itu, memang susah nak melupakannya. sahabat itu memang pelbagai. tapi di sebalik sahabat di sekeliling kita tu mesti ada seorang sahabat yang paling rapat yang tak pernah lengang di mata kita. sahabat yang boleh terima kekurangan kita. sahabat yang sentiasa buat kita tersenyum kala kita sedang sedih. namun itu semua tak akan berkekalan sampai bila bila. mereka juga ada jalan hidup macam kita. kita tak boleh ubah takdir cuma takdir yang boleh ubah kita. mungkin suatu hari nanti sahabat korang akan pergi juga. sahabat yang telah lama menjadi tulang belakang korang akan lenyap sekelip mata.

mungkin korang belum merasainya sekarang. tapi bila semua itu berlaku, rasa macam nak putarkan balik masa kita bersama dia orang. admin di sini nak cakap yang admin pernah merasai kehilangan seorang sahabat sehidup semati yang banyak memberikan pengajaran dalam hidup admin. mungkin korang tak perlu tahu siapa dia tapi admin cuma nak nasihatkan yang korang jangan pernah cakap..

"alah...kawan je kot"
"bukannya penting sangat pon"

for your information, lebih baik bertaubat. jangan menyesal suatu hari nanti bila sahabat yang korang tak pernah sedar diorang lah yang penuhkan masa korang. so lebih baik ucapkan terima kasih kat diorang sebelom ajal tiba. sebelum korang rasa betapa sakitnya bila diorang pergi dari hidup korang. sebelom korang rasa kekosongan hidup bila tak ada diorang. thats all




No comments:

Post a Comment