Thursday, 26 June 2014

soal hati

kenapa kau larikan diri dari aku?
kenapa kau jeling aku?
kenapa kau tak tegur aku?

kepala aku berpinar-pinar memikirkan jawapan bagi persoalan yang tidak lengang berlegar-legar sekitar ruang pemikiranku. meski aq sangat menginginkan jawapan itu terus keluar meluru ke lubang telingaku secara terus terang. adakah aku masih berada di alam maya? terus-menerus persoalan demi persoalan menerjah kotak pemikiranku secara bertubi-tubi.

"haishh" rungut aku.

masih ku ingat saat-saat kita bersama dahulu. engkau sanggup menahan mata kau daripada terlelap semata-mata menemankan aku belajar. kau sanggup korbankan masa lengangmu demi aku. hanya aku. saat kita bergurau senda dahulu masih melekat di dalam diri aku bagai ditampal kuat menggunakan gam gajah yang pastinya tidak akan pernah tertanggal. saat itu juga bagi dilambung ombak pantai sambil melihat bintang angkasa yang bekerdip menghisi ruang langit yang menghangatkan lagi panorama jiwa yang telah ditusuk panah cinta.

"aku ini suka sangat berhyperbola"aku gelak berseorangan . sangat gemar melayandiri ini tatkala hati sedang kesunyian. raut wajahku masih mampu menunjukkan sinar bahagia walaupun hati ini sudah berkecai bagai kaca terhempas ke tanah akibat hentakan bola sepak yang disepak oleh orang yang tidak bertauliah. hishh. mana tidaknya hati yang berbunga-bunga menunggu cinta telah layu akibat si kumbang yang tidak pernah menghargai jasa si bunga. si kumbang sanggup meninggalkan si bunga yang telah memberikan manisan kepada si kumbang yang lupa daratan. 

aku menghembuskan nafas panjang. duduk termenung sambil menghirup secawan teh panas sangat mengasyikkan.aku amat gemar keadaan begini kerana aku mampu menenangkan minda yang sudah kusut bagai sabut besi yang membersihkan bontot kualiku yang legam di rumah. aku menjadi seorang yang agak pendiam buat masa sekarang. aq ledih suka bersendirian dan duduk termenung mengenangkan kisah silam kita bersama. tidak pernah ada sedetik pon yang tidak ku ingat. semua apa yang kita lakukan masih lagi ku ingat. hanya engkau yang ingin aku tanya. 

masihkah kau mengingati aku?
masihkah engkau membenci aku?
masihkah aku berguna buat kamu?



No comments:

Post a Comment